Sempena Ulang Tahun Ke-50 MRSM Kulim, Jawatankuasa Kerja RU50 sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenangkan sahabat-sahabat kita yang telah kembali ke rahmatullah.
Setiap sahabat mempunyai cerita.
Ada yang pernah menjadi ketua dorm.
Ada yang sentiasa membantu rakan-rakan.
Ada yang menceriakan kehidupan kita.
Walaupun mereka telah pergi, jasa dan kenangan mereka akan terus hidup dalam hati keluarga ANSARAKU.
Kami menjemput setiap batch membantu mengumpulkan maklumat supaya kita dapat membina arkib digital yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.